Monday 20 October 2014

EMIS ONLINE – KEMASKINI DATA BERFOKUS (DATA PERKHIDMATAN) UNTUK DIGUNAKAN PADA SISTEM E-PRESTASI PERAK 2014

Ditulis oleh Zazalee Ramli. Posted in Pengumuman Terkini
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kepada semua PGB, PK 1, PT dan Guru Data sekolah.
Data dan maklumat EMIS berakhir pada 31 OKTOBER 2014 akan digunakan dalam Sistem Aplikasi E-PRESTASI Perak 2014.
Sehubungan itu adalah SANGAT PENTING tuan/puan pastikan data PERKHIDMATAN semua guru dan staf sekolah anda dikemaskini sebelum 31 OKTOBER 2014.
Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan proses penilaian prestasi melalui Sitem ePrestasi Perak.
Pentadbir, Guru data dan Pembantu Tadbir sekolah diharap bekerjasama bagi menyemak dan mengemaskini data perkhidmatan tersebut.
Kerjasama pihak tuan/puan sangat dihargai.

Monday 13 October 2014

EMIS: MUAT TURUN UTILITI SEMAK OPSYEN GURU TERKINI VER 1.0.1 8 OKT 2014 TANPA UNZIP

Semua Guru Data MANJUNG
PERHATIAN : Ini adalah versi tanpa perlu UNZIP. Download dan Install sahaja.Tapi Uninstall versi lama terlebih dahulu.
Surat J.Pel.Pk(ICT)4668/11/3/Jld.4(38) bertarikh 29 September dirujuk.
Terlebih Unit Pengurusan Maklumat ingin merakamkan ucapan terima kasih atas maklumbalas daripada Guru Data berkaitan Utiliti Semak Opsyen Guru versi 1.0.0. Sehubungan itu, penambahbaikan terhadap utiliti ini telah dilakukan dan semua Guru Data bolehlah muat turun dan install semula utiliti dimaksudkan. Sila pastikan anda uninstall versi lama dan install versi 1.0.1 bertaikh 8 Oktober 2014 seperti gambar di bawah.
UtilitiSemakLabel v101
Muat Turun DI SINI

SILA HANTAR  SALINAN CETAKAN PENGESAHAN SEKOLAH KE PPD MASING-MASING PADA ATAU SEBELUM 15 OKTOBER 2014
Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Maklumat,
PPD Manjung

Wednesday 1 October 2014

UTILITI SEMAK OPSYEN GURU (PELABELAN)

DITULIS OLEH ZAZALEE RAMLI. POSTED IN PENGUMUMAN TERKINI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kepada,
Semua PGB, PK1 dan Guru Data sekolah.
Di bawah adalah link untuk download Utiliti Semak Opsyen Guru (pelabelan). Sila download dan Install seperti utiliti Semak Ralat Emis.
Anda juga boleh download Cetakan Semak Opsyen Guru yang di jana oleh saya. Sila buat carian (Find/ Search) sekolah anda.
Sila kemaskini jika ada ralat dan jana semula. Tidak perlu Pengesaha. Jana sahaja.
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan.
______________________________________
DOWNLOAD : 1. Utiliti Semak Opsyen Guru
                    2. Cetakan Semak Opsyen 
____________________________________________