Monday 20 October 2014

EMIS ONLINE – KEMASKINI DATA BERFOKUS (DATA PERKHIDMATAN) UNTUK DIGUNAKAN PADA SISTEM E-PRESTASI PERAK 2014

Ditulis oleh Zazalee Ramli. Posted in Pengumuman Terkini
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kepada semua PGB, PK 1, PT dan Guru Data sekolah.
Data dan maklumat EMIS berakhir pada 31 OKTOBER 2014 akan digunakan dalam Sistem Aplikasi E-PRESTASI Perak 2014.
Sehubungan itu adalah SANGAT PENTING tuan/puan pastikan data PERKHIDMATAN semua guru dan staf sekolah anda dikemaskini sebelum 31 OKTOBER 2014.
Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan proses penilaian prestasi melalui Sitem ePrestasi Perak.
Pentadbir, Guru data dan Pembantu Tadbir sekolah diharap bekerjasama bagi menyemak dan mengemaskini data perkhidmatan tersebut.
Kerjasama pihak tuan/puan sangat dihargai.

No comments:

Post a Comment